Latar belakang Susilo_Bambang_Yudhoyono

Susilo berketerunan Jawa dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur kepada Raden Soekotjo dan Siti Habibah,[2] SBY menyertai dunia ketenteraan mengikut jejak ayahnya. Pada tahun 1973, beliau lulus dari akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (AKABRI) dengan penghargaan "Adhi Makayasa" sebagai murid lulusan terbaik dan "Tri Sakti Wiratama" yang merupakan prestasi gabungan mental, fizikal, dan intelek yang tertinggi.

Nama beliau berbahasa Jawa, dengan akar Sanskrit.[3] Susilo datang dari perkataan su-, bermaksud baik[3] dan -sila, bermaksud perilaku, moral.[3] Bambang ialah nama lelaki tradisional dalam bahasa Jawa, bermaksud kesatria. Yudhoyono datang dari perkataan yuddha -bermaksud pertempuran, perjuangan; dan yana, bermaksud perjalanan.[3] Oleh itu namanya diterjemahkan kepada kesatria yang berkelakuan baik.

Rujukan

WikiPedia: Susilo_Bambang_Yudhoyono http://www.heraldsun.com.au/news/national/indonesi... http://www.theaustralian.com.au/news/nation/susilo... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://lifestyle.bisnis.com/read/20150110/254/3895... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/indo... http://afp.google.com/article/ALeqM5gq5vMw9zcrH4Zh... http://www.huffingtonpost.com/2010/01/25/indonesia... http://www.imdb.com/name/nm2670444/ http://issuu.com/harvard_asia_pacific_review/docs/... http://www.koreajoongangdaily.joins.com/news/artic...